LATAR
BELAKANG PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
BEAUFORT
Pejabat
Pendidikan Daerah Beaufort telah mengalami
proses perubahan mengikut perkembangan dan keperluan Pendidikan Negara. Pejabat
Pelajaran Gabungan Beaufort ditubuhkan
setelah Jabatan Pelajaran Negeri Sabah bersetuju untuk memilih Daerah Beaufort
untuk dijadikan pusat pentadbiran Pelajaran Gabungan bagi mengawasi pentadbiran
Pelajaran bagi empat daerah iaitu Beaufort, Membakut, Sipitang, dan Kuala
Penyu.
Pejabat
Pelajaran Gabungan Beaufort yang dahulunya dikenali sebagai Pejabat Pendidikan
Bahagian Beaufort pada awalnya adalah dibawah pentadbiran Bahagian Pedalaman
yang berpusat di Keningau. Dengan persetujuan Jabatan Pendidikan Sabah dan oleh
semua pihak, Bahagian Pedalaman dipecahkan kepada dua bahagian iaitu Bahagian
Keningau dan Bahagian Beaufort.
Pejabat
Pelajaran Gabungan Beaufort yang dulunya dikenali sebagai Pejabat Pendidikan
Bahagian Beaufort ditubuhkan pada Januari 1981. Menurut sejarah penubuhannya,
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah bersetuju menempatkan Pejabat Pendidikan
Bahagian Beaufort di Kota Kinabalu dengan kakitangan seramai enam orang yang
diketuai oleh Encik Abdul Rahman Sidek sebagai Pegawai Pendidikan Bahagian
Beaufort yang pertama. Encik Abd Razak Wahab sebagai kerani pentadbiran, Encik
Ag. Omar Ismail sebagai kerani Akaun, Cik Noorsadah Hj. Daud sebagai Jurutaip, Encik
Mohd Dani sebagai Pembantu Am Rendah dan Encik Talip Perlan sebagai Pemandu.
Melalui
penstrukturan semula yang dibuat pada tahun 2003 oleh Jabatan Pendidikan Sabah,
Pejabat Pendidikan Bahagian Beaufort ditukar kepada Pejabat pelajaran Gabungan
Beaufort. Pejabat Pelajaran Gabungan Beaufort ini juga bertambah satu daerah
iaitu dengan kemasukan daerah Papar. Penstrukturan semula 2009 , Pejabat
Pelajaran Gabungan Beaufort sekali lagi diubah kepada Pejabat Pelajaran Daerah Beaufort dan
kini diselaraskan menjadi Pejabat Pendidikan daerah Beaufort.

No comments:
Post a Comment