Sekapur
Sirih Seraut Restu
Pegawai Pendidikan Daerah Beaufort
Assalammualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh dan salam sejahtera
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan
setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan dan daya usaha yang dibuat dalam
membangunkan laman web rasmi Pejabat Pendidikan Daerah Beaufort dan merasa
amat gembira dan kagum di atas penerbitan laman web yang julung kalinya dapat
direalisasikan ini.
Laman web ini merupakan satu saluran
perhubungan diantara warga Pejabat Pendidikan Daerah Beaufort dan juga warga
pendidik serta masyarakat,yang berperanan menyalurkan segala maklumat
penting,aktiviti,program serta perkembangan terkini Pejabat Pendidikan Daerah
Beaufort.
Di samping itu,selain menyalurkan
maklumat,web rasmi ini juga memainkan peranan yang amat penting bagi
menentukan keaktifan sesebuah organisasi serta pencapaian sebagai petanda
aras yang diharapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Saya berharap dengan usaha gigih dan
aktiviti berterusan serta daya fikiran yang cukup inovatif dapat
mempertingkatkan pencapaian Pejabat Pendidikan Daerah Beaufort dari semasa ke
semasa dengan satu hati, satu kata membina generasi Malaysia Yang cemerlang,
gemilang dan terbilang.
Selamat Maju Jaya
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
|
Saturday, June 30, 2018
PERUTUSAN PEGAWAI PPDB
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
LATAR BELAKANG PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BEAUFORT Pejabat Pendidikan Daerah Beaufort telah mengalami proses perubahan mengikut pe...
-
VISI "Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera" MISI Melestarikan Sistem ...
No comments:
Post a Comment