Friday, July 20, 2018

ADUN & PARLIMEN




DIREKTORI

LATAR BELAKANG PPDB


LATAR BELAKANG PEJABAT PENDIDIKAN  DAERAH BEAUFORT

Pejabat Pendidikan  Daerah Beaufort telah mengalami proses perubahan mengikut perkembangan dan keperluan Pendidikan Negara. Pejabat Pelajaran Gabungan Beaufort ditubuhkan setelah Jabatan Pelajaran Negeri Sabah bersetuju untuk memilih Daerah Beaufort untuk dijadikan pusat pentadbiran Pelajaran Gabungan bagi mengawasi pentadbiran Pelajaran bagi empat daerah iaitu Beaufort, Membakut, Sipitang, dan Kuala Penyu.

Pejabat Pelajaran Gabungan Beaufort yang dahulunya dikenali sebagai Pejabat Pendidikan Bahagian Beaufort pada awalnya adalah dibawah pentadbiran Bahagian Pedalaman yang berpusat di Keningau. Dengan persetujuan Jabatan Pendidikan Sabah dan oleh semua pihak, Bahagian Pedalaman dipecahkan kepada dua bahagian iaitu Bahagian Keningau dan Bahagian Beaufort.

Pejabat Pelajaran Gabungan Beaufort yang dulunya dikenali sebagai Pejabat Pendidikan Bahagian Beaufort ditubuhkan pada Januari 1981. Menurut sejarah penubuhannya, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah bersetuju menempatkan Pejabat Pendidikan Bahagian Beaufort di Kota Kinabalu dengan kakitangan seramai enam orang yang diketuai oleh Encik Abdul Rahman Sidek sebagai Pegawai Pendidikan Bahagian Beaufort yang pertama. Encik Abd Razak Wahab sebagai kerani pentadbiran, Encik Ag. Omar Ismail sebagai kerani Akaun, Cik Noorsadah Hj. Daud sebagai Jurutaip, Encik Mohd Dani sebagai Pembantu Am Rendah dan Encik Talip Perlan sebagai Pemandu.

Melalui penstrukturan semula yang dibuat pada tahun 2003 oleh Jabatan Pendidikan Sabah, Pejabat Pendidikan Bahagian Beaufort ditukar kepada Pejabat pelajaran Gabungan Beaufort. Pejabat Pelajaran Gabungan Beaufort ini juga bertambah satu daerah iaitu dengan kemasukan daerah Papar. Penstrukturan semula 2009 , Pejabat Pelajaran Gabungan Beaufort sekali lagi diubah kepada Pejabat Pelajaran Daerah Beaufort dan kini diselaraskan menjadi Pejabat Pendidikan daerah Beaufort.

ADUN & PARLIMEN